0 'Jin Asyik' Suka Kepada Wanita Yang Membuka Aurat



Kebanyakan kes-kes gangguan Jin Asyik tidak disedari oleh pesakit walaupun telah terdapat tanda-tanda pada diri mereka. Ia hanya dikesan apabila pesakit datang untuk mendapatkan rawatan di Pusat Rawatan Islam Darus Sakinah, Ampang. Punca dan tanda-tanda gangguan Jin Asyik antaranya adalah: 

■Pesakit sering mengadu sakit kepala, 
■Selalu meninggalkan solat/susah untuk mengerjakan solat, 
■Sukar untuk berzikir dan membaca Al-Quran, 
■Perasaan was-was, 
■Pesakit amat sensatif, 
■Suka bersendirian, 
■Merasakan dirinya sangat cantik/kacak, 
■Adakala tak suka kepada pasangan, 
■Hubungan tidak kekal atau selalu bertukar-tukar pasangan, ■Selalu bergaduh dengan pasangan/orang yang rapat dengannya, ■Tidak suka bercakap tetapi lebih banyak mendengar dan berkhayal, 
■Jika bercakap selalunya perkara yang sia-sia/keterlaluan, 
■Banyak tidur di siang hari dan sukar tidur di waktu malam, ■Mendedahkan aurat di dalam rumah. Kadang-kala ada yang bertelanjang di hadapan cermin sambil mengagumi tubuh badan sendiri. Tanpa pesakit sedari Jin Asyik memerhati setiap gerak-geri pesakit sehingga pesakit dirasuk, 
■Terdapat tanda lebam terutama di peha, betis, tangan, perut, kemaluan dan sebagainya, 
■Sakit yang sukar diubati seperti sakit kulit, 
■Mandi/duduk dalam bilik air terlalu lama, 
■Mandi di dalam bilik air atau kolam dalam keadaan bertelanjang, ■Ketika berjaga adakalanya mendengar nafas, bisikan atau suara terutamanya ketika berbaring, 
■Pesakit selalu dalam keadaan kena tindih, 
■Tidur dalam keadaan bertelanjang/memakai boxer/berseluar pendek (tidak menutup aurat), 
■Tidak suka atau marah jika ada orang yang cuba menberi nasihat atau cuba mengubah cara hidupnya kepada yang lebih baik, 
■Tidur bermimpi melihat seorang pemuda yang kacak/wanita yang cantik lalu diajak untuk berkahwin dan bersama, 
■Bermimpi melakukan persetubuhan haram dengan pemuda/wanita berkenaan, 
■Bermimpi bersama-sama anak-anak kecil yang kononnya adalah anak-anak hasil perkongsian mereka, 
■Tempat tidur tidak berkemas dan apabila orang lain tolong kemaskan biasanya pesakit akan marah, 
■Suka bergelap/bilik tidur bergelap, 
■Merasa takut sehingga tidur buka lampu, 
■Nafsu yang kuat, 
■Kuat ‘beronani’, 
■Suka melihat dan membelai alat kemaluan, secara tidak sedar bahawa jin sedang berasmara dengannya, 
■Merasa kagum dengan susuk badan/alat kemaluannya, dan banyak lagi… 

Seorang wanita yang saya rawat menceritakan bagaimana dia didatangi satu lembaga hitam yang besar berbulu menghampiri wanita tersebut. Lembaga hitam itu lalu menindih dan merogolnya, dalam keadaan itu, wanita tersebut tidak boleh bergerak, tidak boleh bersuara dan tidak boleh berbuat apa-apa. Apabila sedar didapati ada kesan basah dengan lendir yang banyak pada kainnya.

Selepas kejadian itu, wanita tersebut merasa tidak selesa dan peristiwa tersebut sering menghantui fikirannya. Jangan terperanjat kepada golongan lelaki/perempuan!! Sudah banyak kes-kes yang saya rawat, lebih-lebih lagi golongan remaja. Mereka ini diganggu Jin Asyik yang kronik. 

Apabila saya berdialog dengan Jin Asyik, “kenapa kamu datang mengganggu pesakit ini?” Jawabnya, pesakit ini adalah kekasih aku… jangan kau campur urusan aku!!” 
“Kenapa anda suka kepada dia?” 
Jawabnya, dia yang suka kepada aku… 
dia suka memakai boxer… aku suka melihat dia pakai boxer… melihat tubuh badan dia… mengagumi tubuh badan dia… dia membuka aurat… dia yang memanggil aku… aku suka dia…” 

(Kredit Sumber: www.darussakinah.com)

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ TERAPI RUQYAH SYARIAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites