0 Keberkatan Surah Al-Ikhlas

Ketika Memulakan Kerja
Bacalah ayat ini sebelum anda memulakan apa-apa saja kerja
kerana dengan bacaan ini akan keluarlah iblis dan syaitan
yang berada didalam tubuh kita dan juga di sekeliling kita,
mereka akan berlari keluar umpama cacing kepanasan.

Sebelum Masuk Ke Rumah
Sebelum anda masuk rumah, bacalah surah Al-Ikhlas (sebanyak
3 kali. Masuklah rumah dengan kaki kanan dan dengan membaca
bismillah. Berilah salam kepada anggota rumah dan sekiranya
tiada orang di rumah berilah salam kerana malaikat rumah
akan menyahut.
Amalkanlah bersolat kerana salam pertama (ianya wajib) yang
diucapkan pada akhir solat akan membantu kita menjawab
persoalan kubur. Apabila malaikat memberi salam, seorang
yang jarang bersolat akan sukar menjawab salam tersebut.
Tetapi bagi mereka yang kerap bersolat, amalan daripada
salam yang diucap di akhir solat akan menolongnya menjawab
salam malaikat itu.

Ketika Sakit
Sabda Rasulullah S.A.W yang bermaksud:
Barangsiapa membaca surah Al-Ikhlas sewaktu
sakit sehingga dia meninggal dunia, maka dia tidak akan
membusuk di dalam kuburnya, akan selamat dia dari kesempitan
kuburnya dan para malaikat akan membawanya dengan sayap
mereka melintasi titian siratul mustaqim lalu menuju ke
syurga. Demikian diterangkan dalam Tadzikaratul
Qurthuby).

Khatam al-Quran
Rasulullah SAW pernah bertanya sebuah teka-teki kepada
umatnya: Siapakah antara kamu yang dapat khatam Qur'an
dalam jangka masa dua-tiga minit? Tiada seorang dari
sahabatnya yang menjawab. Malah Saiyidina Ummar telah
mengatakan bahawa ianya mustahil untuk mengatam Qur'an
dalam begitu cepat.
Kemudiannya Saiyyidina Ali mengangkat tangannya. Saiyidina
Ummar bersuara kepada Saiyidina Ali bahawa Saiyidina Ali
(yang sedang kecil pada waktu itu) tidak tahu apa yang
dikatakannya itu. Lantas Saiyidina Ali membaca surah
Al-Ikhlas tiga kali. Rasulullah SAW menjawab dengan
mengatakan bahawa Saiyidina Ali betul.
Membaca surah Al-Ikhlas sekali ganjarannya sama dengan
membaca 10 jus kitab Al-Quran. Lalu dengan membaca surah
Al-Ikhlas sebanyak tiga kali qatamlah Quran kerana ianya sama dengan
membaca 30 jus Al-Quran.

Pahala Membacanya
Berkata Ibnu Abbas r.a. bahawa Rasulullah SAW telah
bersabda: Ketika saya (Rasulullah SAW) israk ke langit, maka
saya telah melihat Arasy di atas 360,000 sendi dan jarak
jauh antara satu sendi ke satu sendi ialah 300,000 tahun
perjalanan. Pada tiap-tiap sendi itu terdapat padang sahara
sebanyak 12,000 dan luasnya setiap satu padang Sahara itu
seluas dari timur hingga ke barat.
Pada setiap padang sahara itu terdapat 80,000 malaikat yang
mana kesemuanya membaca surah Al-Ikhlas. Setelah mereka
selesai membaca surah tersebut maka berkata mereka: Wahai
Tuhan kami, sesungguhnya pahala dari bacaan kami ini kami
berikan kepada orang yang membaca surah Al-Ikhlas baik ianya
lelaki mahupun perempuan.
Sabda Rasulullah SAW lagi: Demi Allah yang jiwaku
ditanganNya, sesungguhnya Qul Huwallahu Ahadu itu tertulis
di sayap malaikat Jibrail a.s, Allahhus Somad itu tertulis
di sayap malaikat Mikail a..s, Lamyalid walam yuulad
tertulis pada sayap malaikat Izrail a.s, Walam yakullahu
kufuwan ahadu tertulis pada sayap malaikat Israfil a.s.


Nota
Sampaikanlah ilmu ini kepada kawan2 yang lain. Sepertimana
sabda Rasulullah SAW: 'Sampaikanlah pesananku walaupun
satu ayat'. Sesungguhnya apabila matinya seseorang anak
Adam itu, hanya 3 perkara yang akan dibawanya bersama:
(1) Sedekah/amal jariahnya,
(2) Doa anak-anaknya yang soleh dan
(3) Ilmu yang bermanfaat yang disampaikannya kepada orang lain.  

Wallahu a'lam…

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ TERAPI RUQYAH SYARIAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites