2 Doa Ikan Nun


Ertinya :"Tidak ada Tuhan yang sebenarnya disembah melainkan engkau, ya
Allah. Maha Suci engkau, sesungguhnya aku adalah dari orang yang
membuat zalim."

Doa Nabi Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

Ibnu
sunni meriwayatkan : Rasulallah s.a.w telah menerangkan bahawa
barangsiapa yang membaca kalimah ini, orang itu akan dilapangkan Allah
dari segala kesempitan. Kalimah itu ialah doa yang diucapkan oleh nabi
Allah Yunus ketika di dalam perut ikan Nun.

Iaitu :(La ilaha illa anta. Subhanaka inni kuntu minaz zolimin)

SURAH AL-ANBIYAK(21):87

Menurut riwayat, nabi Allah Yunus telah dicampakkan ke laut setelah diundi
beberapa kali, tatkala kapal yang dinaiki oleh baginda hampir karam.
Allah memerintahkan kepada ikan Nun untuk menelannya. Keadaan di dalam
perut ikan Nun itu sungguh tidak selesa dan baginda berharap agar Allah
mengeluarkan baginda dari perut ikan tersebut. Allah telah mengilhamkan
Nabi Allah Yunus untuk membaca doa tersebut. Dan apabila Nabi Allah
Yunus membaca doa tersebut, baginda terasa lapang dan tenang. Akhirnya
Nabi Allah Yunus terselamat apabila dimuntahkan kembali oleh ikan Nun
dan baginda terdampar di tepi pantai serta diselamatkan oleh orang lain.

Jadi,
jikalau kita rasa susah hati dan menghadapi kesusahan serta kepayahan,
maka bacalah doa ini. Disamping itu kita jangan lupa berdoa dan
mengharapkan pertolongan Allah. Zikir ini juga dapat mengukuhkan iman
dan menimbulkan keinsafan di dalam diri kita. Tatkala kita membacanya
patut kita hayati sungguh-sungguh bahawa kita telah menzalimi diri
kita. Oleh itu kita bertaubat daripada segala dosa, samada kecil atau
besar, yang disedari atau tidak, terhadap manusia atau dosa terhadap
Allah. Mudah mudahan Allah mengampunkan segala dosa kita dan
melapangkan segala kesempitan kita.

Doa Nabi Yunus a.s ketika berada di dalam perut ikan adalah (لا إله أنت سبحانك إني كنت من الظالمين)

Setiap muslim berdoa dengan ayat ini akan diperkenankan doanya.(HR Tirmizi)

Comments
2 Comments

2 comments:

asalamualaikum..bagaimanakah caranya ana nak dapatkan TERAPI RUQYAH SYARIAH ini??

Salam..kpd yg berhajat utk membeli mp3 ini sila rujuk kpd cara-cara pembelian yg tertera di side bar sebelah kiri..Terima kasih.(Kak Noor)

Post a Comment

KOMEN @ TERAPI RUQYAH SYARIAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites