0 Puasa Tidak Batal Jika Makan Selepas Waktu Imsak


  

Di Asia Tenggara termasuk Malaysia, kita sudah dibiasakan dengan pengumuman waktu imsak. Waktu imsak biasanya ditetapkan kira-kira 10 minit sebelum berkumandang azan subuh.

Ramai orang menyangka, selepas waktu imsak tidak boleh lagi bersahur. Kalau makan selepas waktu itu maka dikira terbatallah puasa.

Kenyataan ini adalah SALAH kerana sahur boleh dinikmati hinggalah masuknya waktu subuh. Seperti firman Allah SWT:

“Dan makanlah serta minumlah sehingga nyata kepada kamu cahaya siang dari kegelapan malam, iaitu waktu fajar, kemudian sempurnakanlah puasa itu sehingga waktu malam” (al-Baqarah: 187)

Malah terdapat dalil:

“Jika salah seorang dari kamu mendengar azan sedangkan ia masih memegang piring (makanan), maka janganlah ia meletakkannya hingga ia menyelesaikan hajatnya (makannya),” [Hr. Imam Ahmad, Abu Dawud, Hakim].

Berhati-hati bagi yang menganggap detik berpuasa bermula dari waktu imsak kerana ia ternyata menyalahi hukum agama sebenar. Menurut ulama terkemuka, Dr. Yusuf al-Qaradawi:

“Jika seseorang selalu mengamalkan puasanya bermula daripada waktu imsak, maka ia telah melakukan suatu keterlaluan dalam agama ini dan bertentangan dengan sunnah Nabi SAW (Fatawa Mu`sirah, 1/313).

Untuk pengetahuan, kalau di Malaysia ada waktu imsak, di negara lain termasuk Mekah (dan sesetengah tempat di negara kita juga) ada bilal yang mengalunkan azan pertama kira-kira 10 minit sebelum azan sebenar. Tujuannya, bagi mengejutkan umat islam atau sebagai petanda bahawa sudah tiba masa untuk bersiap bagi mengerjakan solat subuh.

Justeru sama seperti azan subuh pertama, waktu imsak juga boleh dianggap selaku peringatan bagi kita menyudahkan suapan-suapan akhir sahur seterusnya bersedia untuk menunaikan solat subuh.

Comments
0 Comments

0 comments:

Post a Comment

KOMEN @ TERAPI RUQYAH SYARIAH

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Share

Twitter Delicious Facebook Digg Stumbleupon Favorites